Sunday 27 May 2012

BAB 2

“Umi kelik dulu la, duk molek sini. Wat molek la denge saen sebilik supo sedaro sendiri. Dia jah ore paling dekat denge Angah sini.” Umi melepaskan pelukannya padaku seraya memalingkan wajahnya dari ku. Aku tahu Umi cuba menyembunyikan airmatanya dariku. Aku sendiri hairan kenapa airmataku tiada waktu itu walhal perasaanku begitu sayu dan pilu melihat wajah sedih Umi.

“Abah mano Mi?” Aku tercari-cari wajah Abah untuk mengucup jari-jemarinya sebelum kami berpisah. Macam mana nanti jika Abah tiada untuk membantu aku kemana-mana bagi melakukan sesuatu? Macam mana nanti aku ingin ke kedai atau pasaraya, siapa yang bakal menemaniku jika Abah tiada disisiku? Fikiranku mula diterpa dengan pelbagai persoalan yang menyesakkan dadaku. Sungguh, aku betul-betul takut kini. Takut untuk hidup sendiri tanpa ada sesiapa yang aku kenali disisi.

“Abah ado kat keto doh.” Entah dari mana Along tiba-tiba muncul sambil membawa batal pelukku yang berwarna biru dihiasi gambar kartun doraemon kegemaranku.

“Angah nok jupo Abah meta.” Aku bersuara perlahan kepada Along, sebelum menyarungkan kain tudung ke kepala. Aku hanya memberikan senyuman kepada teman sebilikku yang sedari tadi mengemas barang-barangnya sebelum melangkah keluar mengikuti Umi dan Along menuju ke kereta.

“Abah.” Panggilku perlahan sambil menarik jemari tua itu sebelum aku kucupinya.

“Belajar molek deh, jange duk main kuat sangat. Jange lupo kalu ado masaloh, tepon lalu ko Abah.” Kepalaku diusap perlahan-lahan oleh Abah. Airmata yang tadinya seakan kering daripada kelopak mataku mula membanjiri wajahku. Aku sangat lemah melihat wajah sendu Abahku dan mendengar pesanannya padaku. Aku paling rapat dengan abah berbanding adik-beradikku yang lain. 

“Angah janji Bah, Angah akan belajar rajin-rajin. Abah tu alah kelik bawa keto molek la. Sapa umoh jah tepon ko Angah.” Airmata dipipi diseka oleh Abahku, dapatku lihat ada mutiara jernih di tubir mata tua Abah. Umi dan Along hanya berdiam diri.

“Abah kelik dulu, kalu ado gapo-gapo gak tepon ko Abah tu, jange wat diam sore jah. Angah tu kalu ado masaloh bukenyo nok oyak ko Abah denge Umi. Relo sipe pahtu duk tiok sore.” Abah mengingatkan aku lagi sekali. Jelas riak risau diwajahnya untuk meninggalkan aku.

“Emm, Abah tok payoh kelik la. Cari kijo sini, cari umoh sini. Angah pun tok payoh duk hostel.” Entah macam mana boleh terkeluar idea mengarut ni dari bibirku. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu untuk berfikir dengan tenang sekarang.

“Gapo Ngah? Budak ni betul la. Dah, gi masuk bilik rehat. Petang ni ado sesi orientasi plok.” Umi cepat-cepat mengubah topik perbualan kami apabila mendengar idea mengarutku itu. Along hanya mampu tersenyum melihat telatahku. Abah pula hanya mengelengkan kepala.

“Mano buleh gitu Ngoh, Abah banyok kijo lain lagi kampong nuh. Tok leh tinggal gitu jah. Sekali sekalo Ngoh keno blaja duk jauh nge Abah, buleh blajar jadi dewaso. Pahtu buleh kenal negeri ore. Buke lamo pun duk sini, empat tahun jah, pahtu buke sepanjang empat tahun duk sini. Ado maso cuti hok Ngoh buleh kelik jupo Abah.” Kata-kata nasihat Abahku yang panjang itu menyebabkan aku terpaksa akur dengan keadaan. Aku harus kuat dan aku harus berani untuk keluar dari kepompong hidupku sebelum ini.

“Emm, okey.” Lirih aku bersuara. Abah mencium ubun-ubunku sebelum memasuki kereta. Umi sekali lagi memeluk dan menciumku. Aku menyalami jemari Along sebelum dia turut memasuki kereta.

“Ingat gapo hok Along oyak tadi, jange duk pikir sangat hok buke-buke tu.” Along sempat berpesan kepadaku sebelum kereta yang dipandu oleh Abah perlahan-lahan meninggalkan aku.

No comments:

Post a Comment