Tuesday 29 May 2012

BAB 4

“Cepattt!!!!! Sesiapa yang lambat akan didenda. Jika terdapat walau salah seorang dari ahli kumpulan yang lambat semua ahli kumpulan akan didenda.” Arahan daripada ketua fasi bagi minggu orietasi itu menakutkan sesetengah junior. Tetapi terdapat segelintir junior yang tidak menghiraukan arahan ketua Fasi tersebut, kerana pada mereka memang sudah lumrah minggu orientasi begitu ugutannya.


Afiqah Zahra dan Siti Amirah berlari-lari anak menuju ke padang kerana takut akan terlewat.  Arahan ketua fasi masih tergiang-giang di telinga mereka. Siti Amirah merupakan teman sebiliknya yang berasal dari Segamat. Siti Amirah merupakan teman pertama yang dikenalinya semasa menjejakkan kaki di bumi Sintok. Nasibnya baik kerana teman sebiliknya seorang yang peramah.


“Ya Allah, Mira... aku tertinggal tag nama.” Aku mulai resah kerana aku takut untuk berpatah balik, takut akan lewat ke padang dan akan didenda. Aku takut kerana aku ahli kumpulan yang lain turut didenda dan mereka akan menyalahkan aku nanti.


“Laa, kenapa boleh cuai sangat ni. Dah, sekarang kau balik bilik. Aku tunggu kau kat sini.” Siti Amirah menyuruh Afiqah Zahra pulang ke bilik sementara dia menunggu di situ saja.


“Aku…” Dia kehilangan kata-kata.


“Kau takut lewat ke? Dah jangan risau, ada sepuluh minit lagi ni. Sempat nak balik bilik tapi kau kena lari la, jangan berjalan plak. Kau kalau jalan kalah model, ayunya ya ampun. Lemah semangat aku.” Usik Siti Amirah untuk melegakan hatiku yang resah. Aku hanya mampu tersenyum mendengar usikkannya.


Antara yakin dan tidak aku mula berlari untuk balik ke bilik. Aku pasrah andainya didenda tapi bagaimana dengan ahli kumpulanku yang lain. Hatiku kembali disapa kerisauan. Hayunan kakiku semakin laju untuk balik ke bilik kerana tidak mahu terlambat. Aku tak mahu ada kalangan ahli kumpulanku yang menyalahkan aku jika didenda kerana kelewatanku.


“Mana tag nama?” Tanya Siti Amirah apabila aku tiba di tempat dia menunggu. Nafasku seperti nyawa-nyawa ikan gara-gara berlari dengan pantas.


“Ni..” Ujarku perlahan sambil menunjukkan tag nama yang berada dalam gengamanku kepadanya kerana masih lagi kepenatan.


“Ok, jom lari. Masa ada tiga minit je lagi.” Siti Amirah sudah mula berlari anak meninggalkanku. Dengan pantas aku cuba menyainginya. Dalam masa yang sama aku merasa lega kerana masih belum terlewat. Minggu orientasi benar-benar menguji kesabaranku. Kadang-kadang aku hampir putus asa. Setiap hari aku akan hubungi Abah untuk mengadu dan yang pasti aku katakan adalah keinginanku untuk pulang ke rumah. Setiap kali aku bercakap dengan Abah di telefon pasti airmataku mengalir.

No comments:

Post a Comment