Wednesday 30 May 2012

BAB 6

Terkedek-kedek dia membawa sebeban buku untuk dihantar ke library. Disebabkan beban buku yang berada di tangannya menyebabkan dia sukar untuk berjalan dengan pantas. Matanya juga hampir ditutupi oleh sebeban buku tersebut menambahkan lagi kesukarannya untuk mempercepatkan langkah.

Hatinya mulai risau kerana hanya ada lima minit saja lagi kelas Etika akan bermula. Encik Ghozali seorang yang cerewet dan menepati masa. Jika datang lewat walaupun seminit, alamatnya sia-sia saja la dia bersiap ke kelas pada hari tersebut kerana pasti akan dihalau keluar dari kelas dan jika ponteng kelas pula namanya akan dipanggil pada kelas yang akan datang. Dalam berusaha mempercepatkan langkah selepas menghantar sebeban buku ke library tanpa disedari dia berlanggar dengan seseorang.

“Ya Allah, maafkan saya.” Wajahnya ditundukkan menahan malu tapi perkataan maaf meluncur laju dari ulas bibirnya. Segera dia tunduk untuk mengutip buku-bukunya yang bertaburan di lantai.

“Maaf? Mata kau tu letak kat mana masa jalan, hah?” Begitu angkuh pemilik suara tersebut memarahinya tanpa niat untuk membantunya mengutip buku-buku yang bertaburan. Suaranya yang lantang itu menarik perhatian siswa siswi yang berada di sekitar library tersebut. Matanya mencuri pandang wajah lelaki tersebut kerana untuk memandang betul-betul wajah itu dia segan dan dia terasa ingin menangis mendengar suara kuat laki-laki tersebut. Dia tidak pernah dimarahi dengan suara yang begitu lantang lebih-lebih lagi dihadapan orang ramai.

“Lain kali ada mata tu jangan disia-siakan. Jalan tu memang la pakai kaki tapi mata pun kena pakai juga. Walaupun ni laluan awam jangan buat macam jalan sendirian plak.” Dia hanya mampu terdiam kaku mendengar lelaki tersebut memarahinya dan dengan senyuman sinis lelaki itu berlalu pergi meninggalkannya yang masih terdiam kaku disitu. Terpaksalah dia ponteng untuk kelas Etika kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 3.35 petang.

Dengan langkah longlai dia berjalan ke arah tempat menunggu bas untuk pulang ke bilik. Airmata yang ingin tumpah di tahan sedaya mungkin agar tidak mencuri tumpuan siswa siswi yang sedang berasak-asak untuk menaiki bas. Kata-kata lelaki yang dilanggarnya tadi tidak dapat diterima oleh akal fikirannya. Bukan salahnya saja menyebabkan perlanggaran tadi tapi lelaki itu turut bersalah kerana dia terlalu ralit dengan handphonenya ditangan.

Tiba-tiba timbul perasaan tidak senang terhadap sikap lelaki tersebut dalam hatinya dan dia berdoa semoga tidak lagi dipertemukan dengan lelaki tersebut. Hatinya betul-betul geram apabila mengingati setiap patah kata yang diucapkan oleh lelaki tersebut. Kesalahan bersama tetapi hanya dia yang dipersalahkan, mana adil. Bentak hatinya dan dengan pantas dia menaiki bas apabila siswa siswi semakin ramai yang menghampiri perhentian bas tersebut untuk pulang ke dewan penginapan masing-masing.

No comments:

Post a Comment