Tuesday 29 May 2012

BAB 5

Akhirnya minggu orientasi telah tamat. Afiqah Zahra merasakan dia bebas dari segala penyeksaan. Tiada lagi rungutan yang bukan-bukan pada senior yang sengaja mencari salah junior untuk dikenakan denda. Sejak berada dalam minggu orientasi dia sudah mula pandai membebel, satu sikap yang tidak disukai oleh dirinya selama ini.


“Jom makan.” Siti Amirah telah siap memakai tudung untuk ke cafe. Ajakan Siti Amirah itu membuatkan dia terkejut daripada lamunannya.


“Jap, nak pakai stoking.” Lamunan ku terhadap minggu orientasi hilang entah ke mana, stoking di dalam almari ku capai dan dengan segera menyarungkannya agar Siti Amirah tidak menunggu aku terlalu lama.


“Macam mana kelas tadi?” Tanya Siti Amirah padaku memecahkan kesunyian antara kami.


“Emm, teruk.” Jawabku jujur.


“Kenapa?” Siti Amirah memandangku hairan.


“Aku tak suka dengan dewan kuliah. Keadaan dewan yang besar dan menempatkan ramai student membuatkan tumpuan ku pada lecture cam tak fokus dan pembelajaran yang lecture bagi pun tak sepenuhnya sampai.” Mendengar komenku Siti Amirah hanya tersenyum kecil. Ini merupakan hari pertama aku ke dewan kuliah dan suasananya begitu berbeza dengan pembelajaran semasa sekolah dulu.


“Dah nama pun dewan, mestilah besar. Tapi Fiqa, kau tak boleh setkan dalam mind kau yang kelas kat dewan kuliah ni tak best nanti susahnya kau juga. Ini adalah lumrah kehidupan di Universiti, takkan sama dengan zaman sekolah dulu. Melalui ini semua akan membuatkan kau mencari ilmu dengan lebih banyak bukan lagi hanya tertumpu pada ajaran lecture semata-mata.” Aku hanya diam memikirkan kata-kata Siti Amirah. Betul juga katanya kehidupan di universiti adalah berbeza dengan zaman sekolah dulu.


“Thanks ek Mira.”


“Nape plak ni?” Sekali lagi Siti Amirah memberikan pandangan hairan padaku.


“Saja nak ucapkan thanks, tak boleh ke?” Sengaja aku mengenakannya.


“Kau ni ada-ada je la. Dah jom, nanti lau lambat sampai cafe habis plak lauknya.” Siti Amirah mempercepatkan langkah menuju ke cafe. Aku hanya mengekori langkahnya dengan senyuman kecil. Dia senang berkawan dengan Siti Amirah kerana setiap kata-katanya merupakan nasihat yang berguna.

No comments:

Post a Comment