Tuesday 29 May 2012

BAB 3

“Along ado bendo nok oyak ni.” Along menarik tanganku menuju ke sebuah kerusi batu yang berhampiran blok penginapanku. Aku ditempatkan di Blok E paling hampir dengan jalan untuk ke tempat menunggu bas bagi memudahkan aku ke dewan kuliah. Aku duduk berhadapan dengan Along, dapatku lihat wajahnya yang cuba menyembunyikan airmata dariku.


“Angah, gapo hok Along oyak ni keno ingat molek deh. Along saye ko Angah sebab tu Along nok Angah blaja hidup sendiri. Biar buleh hidup dalam masyarakat luar buke hanyo gantung ko keluarga jah.” Along memandang wajah sayuku sambil memberikan senyuman kecil kepadaku. Mungkin Along rasa bersalah terhadapku kerana dia yang memilih UUM untukku. Alasannya, ramai kawan Along yang sambung belajar disini dan mereka boleh melihat keadaanku disini, membantuku apa yang patut.


“Angah pehe Long, tapi Angah takut.” Jawabku perlahan sambil memintal hujung tudung yang kupakai. Itulah sikapku, bila hatiku resah pasti ada saja benda yang berdekatan denganku menjadi mangsa.


“Along buke gapo Ngah, tapi Along nok Angah blaja jadi dewasa. Along nok Angah jadi kuat semangat. Angah terlalu bergantung denge Along, Abah dan Achik. Sampai bilo Angah nok hidup lagu tu, Angah keno ado hidup Angah sendiri. Angah kena ada rancangan sendiri untuk maso depe Angah. Along denge ore lain buke buleh ado denge Angah sokmo.” Panjang lebar Along menasihatiku. Ada airmata yang mengalir diwajah Along tetapi dengan cepat tangannya menyapu airmata tersebut cuba disembunyikan seboleh mungkin dari pandanganku.


“Terima kasih Long, tapi…”Aku masih ragu-ragu dengan nasihat yang Along berikan padaku. Bukan aku tak pernah terlintas akan semua itu tapi aku dah terbiasa dengan semua itu. Kalau boleh aku hanya ingin berada disamping keluargaku saja.


“Angah keno blaja. Angah mesti jadi kuat untuk Abah dan Umi. Tinggi harapan diaorang Ngah, bilo Angah dapat tawaran untuk sambung blaja. Along tok bermaksud nok pisahkan Angah denge keluarga bilo Along mohon UUM ni untuk Angah tapi Along nok Angah blajar tanpa kepompong keluarga lagi dalam mencorakkan hidup Angah. Angah keno blaja untuk mewarnai sendiri jalan hidup Angah tapi ingat, terdapat banyak warna dalam kehidupan. Angah keno pandai memilih warna hidup Angah agar sentiasa cerah. Jika sesekali warna itu kelam dan suram Angah masih ada Along, Abah dan yang lain untuk membantu Angah cerahkan kembali warna tu.” Lama Along mendiamkan diri setelah meluahkan kata-katanya itu padaku. Dapat ku lihat dengan jelas rasa kasih sayang Along padaku melalui wajahnya.


“Angah akan cuba Long.” Hanya itu yang mampu aku suarakan bila aku menyedari kenapa Along memilih UUM untukku meneruskan pengajianku. Kalau ikutkan hatiku, aku hanya ingin melanjutkan pengajianku di UMK saja, dekat dengan rumahku. Aku lihat Along mengukir senyuman mendengar jawapanku.


“Jom, masuk bilik. Along tolong kemaskan gapo hok buleh. Jap lagi Along nok kelik pulok.” Along bangun perlahan seraya melangkah ke arah bilikku di blok tersebut. ‘Along sayangkan Angah’. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Rozita, airmata yang bergenang di kelopok matanya diseka perlahan apabila melihat wajah Uminya yang sedang sibuk mengemaskan pakaian Angah. Adiknya itu perlu belajar hidup sendiri kerana selama ini dia hanya hidup dalam kepompong keluarga sahaja.

No comments:

Post a Comment