“Hai
Fiqa.” Nurul Akma menghampiri Afiqah Zahra yang sedang berehat di kerusi batu dengan sebuah
novel ditangan. Dia hairan melihat Afiqah Zahra hanya sendirian di tepi tasik Sime Darby, kerana temannya itu tidak pernah berseorangan jika hendak ke mana-mana.
“Hai
Ma, ado gapo?.” Afiqah Zahra memberikan senyuman kepada Nurul Akma yang sedang berjalan menghampirinya. Nurul Akma membawa sebiji fail yang mengandungi nota menunjukkan yang dia baru sahaja pulang dari discussion.
“Mu sorang jah ko? Mano roommate mu ko mu mari denge sapo?.” Nurul Akma terus bertanya kepada Afiqah Zahra setelah duduk disisi gadis tersebut. Dia hanya menggunakan dialek Kelantan apabila bercakap dengan Afiqah Zahra kerana mereka berdua berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang. Badannya yang agak berisi itu agak kepenatan kerana berjalan kaki dari PKP.
“Aku
denge Ilya, roommate aku ada discussion.” Novel yang ada di tangannya di letakkan
di sisi. Dia melemparkan pandangan ke arah tasik melihat keseronokan beberapa orang siswa dan siswi yang bermain kayak. Dia teringin untuk bermain kayak tetapi perasaan takut menghalang niatnya itu.
“Tak dok pun Ilya sini, dia gi mano?.” Nurul Akma bertanya kepada Afiqah Zahra bila dilihatnya dari
tadi Ilya Sazuani tiada bersama dengan Afiqah Zahra. Matanya liar melihat sekeliling mencari kelibat Ilya Sazuani.
“Dia gi beli air, aku denge dia joging tadi. Haa, tu pun dia.” Nurul Akma melihat ke
arah yang ditunjukkan oleh Afiqah Zahra. Dia melihat Ilya Sazuani sedang membawa dua plastik air di tangan.
“Oh, joging. Bakpo tok ajok aku denge Kak Yana etek?.” Tanya Nurul Akma tidak puas hati.
“Buke tokse ajok Ma tapi mu kan ado discussion. Aku denge Ilya pun tok rancang nok joging pete ni tapi kebetulan aku tubik jupo sain sakni lepas tu jupo plok denge Ilya alah kelik. Alang-alang kami pakai seluar tu kami mari sini, mula-mula tu nok jale-jale jah tapi rasa supo nok joging plok, tu hok kami joging tu.” Afiqah Zahra menjelaskan hal sebenar tidak mahu ada salah
faham antara mereka. Biasanya untuk buat apa-apa aktiviti mereka akan sentiasa
berempat. Persahabatan antara mereka terjalin kerana mereka adalah coursemate.
“A’ah
la Ma. Tengok pakaian kita orang pun tak macam nak gi joggingkan?.” Ilya Sazuani menghulurkan satu plastik air kepada Afiqah Zahra. Dia memahami loghat yang kami gunakan walaupun dia asalnya dari Perak tetapi menetap di Selangor. Gara-gara kawannya semua dari Kelantan menyebabkan dia dapat memahami loghat yang kami gunakan cuma dia belum fasih untuk bercakap menggunakan loghat Kelantan.
“Alaa,
aku saja je la. Aku dengan Kak Yana pun baru balik dari discussion ni. Kebetulan
lalu sini and ternampak kau tengah baca novel. Aku datang tegur, Kak Yana plak
balik terus coz dia ada keje lagi.” Nurul Akma tersenyum pada dua sahabatnya itu. Air
orange yang dihulurkan oleh Afiqah Zahra diambil dan dihirup perlahan. Dia turut seronok melihat siswa siswi yang sedang bermain kayak.
No comments:
Post a Comment