Monday 11 June 2012

BAB 10

“Fiq, kau ni kenapa?.” Faizal menumbuk perlahan bahu Afiq Zahim yang kelihatan blur. Afiq Zahim yang terkejut dengan teguran itu hanya memandang wajah hairan Faizal dan mengeluh perlahan.

“Kau ada masalah ke Fiq? Jangan la macam ni, kita datang sini nak main kayak. Kalau kau buat muka macam ni, hilang la mood kami.” Shahrul yang sedang memakai jaket keselamatan pula bersuara apabila Afiq Zahim hanya diam.  Dia melangkah menghampiri Faizal, Muiz dan Badrul yang kelihatan bingung dengan sikap Afiq Zahim.

“Aku terlanggar seorang perempuan tadi. Eh, bukan perempuan tu yang langgar aku?." Afiq Zahim yang diam sejak tadi tiba-tiba bersuara. Empat orang sahabatnya itu tiba-tiba ketawa dengan kuat. Seolah-olah apa yang dia cakapkan tadi adalah lawak mega buat mereka.

“Kau orang ni kenapa? Takkan sebab aku dilanggar perempuan kau orang gelak tak ingat dunia.” Afiq Zahim geram melihat kawan-kawannya yang masih galak mengetawakannya. Novel ditangannya dibelek perlahan. Terdapat nama, nombor telefon dan tandatangan yang disertai tarikh, mungkin tarikh novel tersebut di beli.

“Bukan apa Fiq, tapi kami rasa lawak dengan apa yang kau bagi tahu. Aku ingatkan kau ada masalah dunia ke apa tadi, tu pasal muka cam ayam berak kapur je. Alih-alih masalah kau sebab kena langgar dengan perempuan.” Muiz bercakap tapi masih galak mengetawakan Afiq Zahim. Mereka berempat berhenti ketawa dan menghampiri Afiq Zahim untuk mendengar cerita lanjut.

“Kau takkan macam ni hanya gara-gara dilanggar perempuan. Mesti ada sebab lain membuatkan kau macam ni. Ce citer kat kami.” Badrul menumbuk perlahan bahu Afiq Zahim. Mereka berdua merupakan sepupu, sejak dari kecil hingga sekarang mereka selalu bersama. Kadang-kadang ada yang salah faham mengatakan mereka adalah adik-beradik.

“Perempuan yang langgar aku tadi menangis. Aku rasa dia sakit kot, kesian plak aku tengok dia. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah sangat melenting bila jumpa dia…”

Wait Fiq, cuba kau citer dari awal. Aku tak faham la dengan citer kau ni.” Belum sempat Afiq Zahim meneruskan citer Faizal telah mencelah kerana dia keliru dengan apa yang Afiq Zahim cuba ceritakan.

“A’ah la kau ni, takde pangkal citer terus kau masuk tengah ek. Buat kami blur je.” Muiz pula yang menyampuk, turut rasa keliru dengan citer yang disampaikan oleh Afiq Zahim. Shahrul dan Badrul hanya menggangguk kecil mengiakan pendapat Faizal dan Muiz.

“Ok, sorry. Citernya macam ni….”

“Tu memang salah kau la.” Habis je Afiq Zahim bercerita Badrul terus memberi komen.

“Apa plak salah aku? Dia la yang salah sebab langgar akukan?.” Afiq Zahim tidak puas hati dengan komen Badrul padanya.

“Memang la kau tak salah sebab dilanggar tapi sikap kau pada dia tu yang salah. Yang kau marah dia kenapa? Diakan dah minta maaf, lepas tu tadi lepas dia langgar kau, kenapa kau tolak dia bukan tolong angkatkan dia?.” Faizal pula bersuara dengan rasa kesal terhadap sikap sahabatnya itu. 

“Betul la apa yang kau cakap Zal. Dah la lepas kau tolak dia kau rentap tangan dia. Mesti kuatkan kau rentap, kalau tak perempuan tu tak menangis.” Muiz turut menyalahkan Afiq Zahim. Badrul hanya diam mendengar komen dari kawan-kawanya kerana dia kenal dengan sikap Afiq Zahim. Mesti ada sesuatu pada perempuan tersebut membuatkan sepupunya itu bertingkah lain dari yang biasa.

“Aku rasa kau dah jatuh hati kot kat perempuan tu. Lagipun ni bukan kali pertama kau jumpa diakan?.” Badrul yang tiba-tiba bersuara mengejutkan Afiq Zahim.

“Kau jangan nak buat kenyataan yang bukan-bukan boleh tak. Ni kali kedua aku jumpa dia, dah la tiap kali jumpa dia langgar aku. Dah la, jom main kayak.” Afiq Zahim mendengus marah dengan kenyataan Badrul lalu bangun untuk memakai jaket keselamatan yang diberikan oleh Badrul kepadanya.

“Tak payah la Fiq, dah pukul 7 pun. Jom la jogging jap, lepas tu kita balik. Nak main kayak pun kejap je. Tak hilang puas nanti dah kena berhenti.” Faizal membuka jaket keselamatan yang dipakainya dan dihulurkan pada Muiz untuk dihantar ke tempat simpanannya. Kawan-kawanya yang lain hanya menurut kerana masing-masing akur dengan waktu yang telah menginjak ke senja. 

No comments:

Post a Comment