Sunday 10 June 2012

BAB 9


“Jom balik, dah kul 6 ni.” Nurul Akma bangun sambil mencapai failnya yang mengandungi nota yang diletakkan di kerusi. Dia melihat ada sekumpulan lelaki yang baru datang ke tasik untuk bermain kayak.

“Dah la tu Fiqa, sambung baca kat bilik pula novel tu. Kau ni, sambil jalan pun sempat lagi baca novel tu. Nanti terlanggar pokok baru tau.” Ilya Sazuani menegur Afiqah Zahra yang masih ralit membaca novel walaupun sedang berjalan. Afiqah hanya tersenyum mendengar nasihat kawannya itu. Tiba-tiba....

“Ya Allah.” Badannya tidak dapat diseimbangkan apabila terlanggar seseorang. Dia terjelepok jatuh menimpa badan orang yang dilanggarnya tadi. Namun belum sempat dia membuka mata dan ingin mengalihkan tubuhnya dari badan “si dia” yang dilanggarnya itu tubuhnya ditolak kuat menyebabkan tubuh kecilnya itu terlanggar pokok pula.

“Aduh.” Hanya itu yang mampu dia suarakan apabila belakangnya terasa perit.

“Ya Allah, Fiqa. Kau ni, tu la tadi aku dah cakap. Bila jalan mata tu tengok depan jangan asyik baca novel je. Tengok apa dah jadi?.” Ilya Sazuani dan Nurul Akma membantu Afiqah Zahra untuk dia bangun, namun Ilya Sazuani tetap membebel pada Afiqah Zahra kerana kesal dengan sikap degil sahabatnya itu. Kesian pula mereka melihat Afiqah Zahra yang ditolak oleh lelaki yang dilanggarnya itu.

“Woi perempuan, memang hobi kau kan langgar orang.” Terdengar satu suara yang amat di kenalinya. Ya Allah, kenapa la dalam banyak-banyak orang kat UUM ni dia juga yang aku langgar? Afiqah Zahra hanya diam, wajahnya ditundukkan menahan malu dan sakit. Sekali lagi dia menjadi perhatian ramai gara-gara suara lantang lelaki tersebut.

“Saudara, bahasa tu elok sikit boleh tak. Dah la kawan saya ni sakit kena langgar lepas tu kena tolak plak. Kot ya pun, bukan salah dia sorang kot, saudara yang jalan pakai mata tu, takkan tak boleh elak.” Nurul Akma mula bengang dengan sikap kurang ajar lelaki tersebut. Bukannya nak tolong apa-apa yang patut, paling tidak  punminta maaf.

“Dah la Ma, memang salah aku pun.” Afiqah Zahra menarik tangan sahabatnya itu.
“Saya minta maaf.” Afiqah Zahra meminta maaf pada lelaki tersebut.

“Tu la yang kau tau kan, maaf dan maaf. Lepas tu langgar orang lagi. Kalau maaf tu boleh selesaikan semua hal negara kita ni tak perlu ada undang-undang la.” Lelaki itu mendengus kasar sambil menjeling geram kepada Nurul Akma kerana berani memarahinya.

“Sebab saudara bila dah buat silap kita diajar untuk mohon maaf. Tapi rasanya untuk orang yang macam saudara ni, tak tahu apa maknanya maaf. Dah la Ma, Ilya. Jom balik, malas aku nak layan laki-laki yang terlebih sifat ni.” Afiqah Zahra berjalan perlahan sambil dipimpin oleh Nurul Akma dan Ilya Sazuani. Dia perasan Nurul Akma dan Ilya Sazuani terkejut mendengar kata-katanya itu tapi dai malas nak ambil pusing. Rasa sakit belakangnya semakin kuat.

“Woi perempuan…” lelaki itu benar-benar marah, tangan Afiqah Zahra yang dipimpin oleh Ilya Sazuani direntap kuat menyebabkan airmata Afiqah Zahra mengalir laju tanpa amaran. Lelaki tersebut tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa melihat airmata di wajah Afiqah Zahra. Tangan Afiqah Zahra yang ada dalam genggamannya dilepaskan perlahan.

“Main kasar nampak, kau ingat kau sape? Bapak dia? Abang dia? Kau tu bukan sape-sape dengan dia tau. Suka-suka kau je ek nak pegang tangan dia.” Ilya  Sazuani menampar kuat wajah lelaki itu dan memberikan jelingan tajam pada lelaki itu. Tangan Afiqah Zahra kembali dipimpin untuk balik ke bilik tanpa mempedulikan lelaki itu yang kelihatan blur. Dia hilang sabar dengan sikap kurang ajar lelaki tersebut.

No comments:

Post a Comment