Kenapa blog


Kenapa???

Perlukah alasan setelah pilihan dibuat? Emm, sendiri tanya sendiri jawab ek.... Blog, biarlah hanya disini ceritaku ditulis. Aku sekadar ingin bercerita bukan berbicara. Biasanya aku hanya membaca novel-novel cinta samada di buku atau di laman web tertentu. Sekarang rasanya dah tiba masa aku pula cuba mengasah bakat. 

Bila lagikan? Takkanlah nak sia-siakan gred A untuk Bahasa Melayu Penulisan di zaman UPSR dulu..hehehe

Aku memilih blog kerana ianya bersifat peribadi, hanya yang berminat dan sudi saja akan baca apa yang aku tulis. Melaluinya aku bebas menulis, menulis kisah yang ingin aku ceritakan. Tentang kehidupan yang penuh warna warni dalam hidup setiap manusia. 

Semoga apa yang aku tulis tidak menyakiti orang yang membacanya dan tidak berkaitan dengan kisah hidup sesiapa kerana disini hanya ada kisah aku. Melalui khayalan yang ada padaku.

Semoga impian untuk menjadi penulis satu hari nanti tidak akan sia-sia. Semoga impianku yang satu ini menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment