Thursday 14 June 2012

BAB 11

Tangan kanannya masih terasa sakit kesan direntap oleh laki-laki yang terlebih sifat petang tadi. Dia mengurut perlahan tangannya tanpa menghiraukan pandangan penuh makna kawan-kawannya. Dia sedar mereka semua menantikan penjelasannya terhadap peristiwa petang tadi.

“Kau tak payah pura-pura urut tangan kau tu, cu citer kat kami hal sebenar tentang laki-laki tadi. Aku rasa kau dah kenal diakan?.”  Nurul Akma bangun sambil bercekak pinggang dihadapannya dengan wajah yang tidak puas hati.

“Mana ada, aku tak kenal pun sape laki terlebih sifat tu.” Afiqah Zahra berhenti  mengurut tangannya. Simpulan tuala di kepala yang digunakan untuk  mengeringkan rambut di buka perlahan. Rambutnya yang separas bahu dielus perlahan sebelum disikat.

“Kalau kau tak kenal dia takkan kau boleh cakap macam tu pada dia tadi?.” Ilya Sazuani yang hanya diam sejak tadi mula bersuara. Dia pelik kerana Afiqah  Zahra berani bersuara pada lelaki tersebut petang tadi kerana dia kenal benar dengan sikap kawannya yang hanya akan mengalah dengan sesiapa saja.

“Aku tak bermaksud pun nak cakap macam tu pada dia. Aku geram sebenarnya, dah dua kali kot suka-suka dia marahkan aku. Yang hari ni memang betul salah aku tapi yang kali pertama dulu dia pun salah jugak.” Afiqah Zahra mula memberitahu hal sebenar takut kawan-kawannya salah faham. Mereka berdua bukan boleh dikira, silap-silap hari bulan di padankannya dengan laki-laki tersebut.

“Jap, jadi sebelum ni kau dah pernah jumpa dia la.?” Nurul Akma bertanya semula kerana agak keliru dengan apa yang diberitahu oleh Afiqah Zahra sebentar tadi.

“Kau orang ingat tak, aku kena perli dengan Encik Ghozali gara-gara tak masuk kelas dua minggu lepas?.” Afiqah Zahra bertanya kepada Nurul Akma dan Ilya  Sazuani sambil bermain-main dengan anak rambutnya.

“Ingat sangat la, nape? Ada kaitan dengan laki-laki petang tadi ke?.” Nurul Akma masih lagi bertanya. Ilya Sazuani hanya diam dan lebih berminat untuk mendengar cerita Afiqah Zahra yang selanjutnya.

“A’ah, gara-gara aku berlanggar dengan dia la. Masa tu aku terkejar-kejar dari library nak ke kelas, tiba-tiba aku berlanggar dengan dia. Nak dijadikan citer, tiba-tiba je dia marah aku, dah tu bukan setakat marah siap bagi lecture free lagi kat aku, geram betul. Dah la masa tuk masuk kelas dah tinggal nyawa-nyawa ikan.” Afiqah Zahra bangun mengambil getah rambut untuk menikat rambutnya. Setiap pergerakannya masih menjadi perhatian Nurul Akma dan Ilya Sazuani.

“Dah la, malas la nak citer sal laki-laki tu lagi. Aku harap lepas ni aku tak jumpa dia lagi. Exam final lagi dua minggukan? Jom buat revision.” Afiqah Zahra mencapai buku teks sains pengurusan di atas rak. Citer tadi dibiarkan saja, malas nak di ingatkan lagi buat dia sakit hati je.

“Ehem, entah-entah dia bakal jadi laki kau nanti.” Ilya Sazuani sengaja mengenakan Afiqah Zahra. Kata-kata Ilya Sazuani itu amat mengejutkan Afiqah Zahra. Buku teks yang berada di tangannya terlepas jatuh ke lantai.

“Kau jangan nak doakan yang bukan-bukan boleh tak. Tak ingin aku dengan laki-laki yang terlebih sifat tu. Marah orang sesuka hati dia je. Geram aku tahu tak? Kau jangan cuba-cuba nak kenakan aku dengan dia, buat sakit hati je.” Ilya Sazuani dan Nurul Akma hanya tersenyum melihat Afiqah Zahra melenting dengan usikan itu kerana mereka kenal sangat dengan sikap Afiqah Zahra. Marahnya bukan lama, hanya sekadar permainan dibibir saja. Tanpa menghiraukan senyuman sinis kawan-kawannya Afiqah Zahra mencapai buku yang terjatuh di atas lantai.

No comments:

Post a Comment