Sunday 27 May 2012

BAB 1

Setiap pujukan dan kata-kata nasihat daripada Along dan Umi langsung tidak diendahkan. Hatinya betul-betul resah kerana telah terlambat dari waktu yang ditetapkan untuk pendaftaran pelajar. Dia hanya diam tidak bersuara sepanjang perjalanan kerana terlalu risau akan dikenakan sebarang tindakan terhadap kelewatannya untuk sesi pandaftaran.

Debaran di dada semakin kencang apabila kereta yang dipandu oleh Abah semakin menghampiri tempat pendaftaran pelajar baru. Dia terasa ingin menangis kerana terlalu takut dengan apa yang bakal berlaku. Perasaan takut itu sebenarnya lebih kepada perpisahan yang bakal berlaku sekejap lagi. Dia akan hidup sendiri jauh di bumi utara, sedangkan keluarganya berada di bumi timur.

"Ya Allah, Angah! Mari turun, tadi dia jugok hok runsing sebab lambat." Suara Along mengejutkan dia dari terus melayan perasaan sayu. 

"Ore takut la Along, doh la lambat. Pahtu bukenyo ado saen-saen hok ore kenal pun sini." Rasa cuak semakin mencengkam apabila dia melihat keadaan sekeliling. Maklum sajalah, dia bukan biasa hidup sendirian. Setiap perkara yang akan dia lakukan pasti ada salah seorang ahli keluarga yang akan bersamanya dan yang pasti jadi mangsa adalah Along, Abah dan Achik.

"Mari kito gi daftar dulu, pahni Along basuh otak Angah denge klorok biar tok pikir hok buke-buke." Along terus menarik tanganku untuk ke kaunter pendaftaran. Wajahnya menunjukkan dia betul-betul geram dengan sikap aku. Rupa-rupanya pendaftaran boleh dibuat sehingga petang kerana pihak pengurusan telah sedia maklum akan ada pelajar yang mendaftar lewat.

Selepas sesi pendaftan aku dikehendaki ke sebuah bilik untuk mengambil gambar, untuk apa gambar itu tidak pula aku ketahui kerana aku tidak memberi sebarang tumpuan sewaktu urusetia di meja pendaftaran memberi penjelasan. Perasaan takut masih aku rasai dan Along sekali lagi menjadi mangsa untuk menemaniku bagi sesi fotografi. Dengan wajah kelat Along menemaniku kerana segan dengan sikapku yang keanak-anakan. 

"Sudoh doh ko ambik gambar tu? Abah duk tunggu kantin (cafe) doh." Umi terus bertanya setelah kami keluar dari bilik foto.

"Sudoh doh Umi, buke wat gapo pun. Ambik gambar jah tapi gak Umi pehe-pehe la anok Umi ni. Semua takut, tok tau la gapo hok dio braninyo." Along menjeling ke arah aku, mungkin dia masih sebal dengan sikapku yang masih tidak berani untuk hidup berdikari walaupun telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

"Emm, Umi plok hok runsing nok tinggal Angah pahni." Umi melihat ke arahku yang hanya mendiamkan diri mendengar komen Along tentangku.

"Tok payoh duk pikir sangat la Umi, mari kito gi make dulu. Pahni, tau la Along nok oyak gapo ko Angah biar dia brani sikit." Along terus melangkah ke arah cafe untuk melihat abah. Aku dan Umi hanya mengikut langkah Along dari belakang. Aku masih tidak berani bersuara apa-apa dan selera makanku juga tiada. Perasaan risau betul-betul memenuhi ruang hatiku saat hati.

No comments:

Post a Comment